Berikut adalah 3 langkah mudah untuk menebus Kad Hadiah BonusLink:
Langkah 1: Log Masuk
Pergi ke laman web BonusLink (www.bonuslink.com.my) atau Aplikasi BLINK kami. Log masuk ke akaun BonusLink anda.
Hanya ahli BonusLink yang layak untuk menebus Kad Hadiah. Pengguna baharu perlu mendaftar sebagai Ahli BonusLink terlebih dahulu sebelum membuat penebusan dan menggunakan Kad Hadiah.
Langkah 2: Masukkan Kod Anda
Pergi ke:
My Account > Points & Cards > Redeem Gift Card
Masukkan kod alfanumerik yang anda terima.
Klik “REDEEM”.
Langkah 3: Nikmati Mata Anda
Mata BonusLink akan dikreditkan ke dalam akaun anda secara serta-merta. 🎁
APP BLINK