Koleksi Lencana & Ganjaran

Apakah lencana tersebut dan bagaimanakah cara untuk membukanya?

Terdapat 5 lencana untuk dikumpulkan:

  • Tank You: buat 1 pembelian bahan api yang layak, pada sebarang jumlah = 100 Mata BonusLink
  • Kaki Pump: buat pembelian bahan api yang layak untuk kali ke-2, pada sebarang jumlah = 200 Mata BonusLink
  • Dah Select: belanjakan sekurang-kurangnya RM10 untuk produk dalam kedai yang layak dalam satu resit = 100 Mata BonusLink
  • Supa Select: selepas membuka Dah Select, belanjakan sekurang-kurangnya RM15 untuk produk dalam kedai yang layak dalam satu resit = 100 Mata BonusLink
  • Shell-ebrity: buka kesemua 4 lencana di atas dan lencana ini akan dibuka secara automatik = 300 Mata BonusLink

Anda boleh membuka Tank You, Kaki Pump dan Dah Select dalam apa-apa urutan. Supa Select hanya boleh dibuka selepas anda membuka Dah Select.

image - 2026-11-02T115727.522.png

 

Adakah satu resit RM15 akan membuka kedua-dua lencana Shell Select?

Tidak. Resit pertama anda yang layak bernilai RM10 atau lebih akan membuka Dah Select. Selepas itu, resit anda yang seterusnya yang layak bernilai RM15 atau lebih akan membuka Supa Select.

Berapakah jumlah mata yang boleh saya peroleh?

Sehingga 800 Mata BonusLink secara keseluruhan daripada lencana tersebut, dan setiap ahli hanya boleh menerima ganjaran sekali sepanjang kempen. Anda masih akan memperoleh Mata BonusLink biasa anda untuk pembelian yang layak juga.

Bilakah saya akan menerima mata saya?

Mata lencana akan dikreditkan ke akaun BonusLink anda sama ada serta-merta atau dalam tempoh 6 minggu selepas kempen tamat. Anda mestilah masih menjadi ahli BonusLink yang aktif apabila mata tersebut dikeluarkan.


 

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.