Berapakah nilai baucar ini?
Ahli yang Layak boleh menerima satu (1) Baucar GL Play RM50 di bawah kempen ini.
Bolehkah saya menerima lebih daripada satu baucar?
Tidak. Setiap Ahli yang Layak berhak menerima satu (1) Baucar GL Play RM50 sahaja.
Bolehkah saya menukar baucar kepada wang tunai atau memindahkannya kepada orang lain?
Tidak. Baucar ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh digantikan jika hilang atau rosak.
Berapa lamakah tempoh sah Baucar GL Play?
Baucar ini tertakluk pada Terma & Syarat GL Play dan tempoh sah yang berkenaan. Sila rujuk butiran baucar untuk mendapatkan maklumat tentang tempoh sahnya.