Bagaimanakah saya memperoleh Mata BonusLink?
Pelanggan yang layak boleh memperoleh sehingga 500 Mata BonusLink bergantung pada tindakan yang diambil sepanjang tempoh kempen:
Tindakan Diperlukan | Ganjaran Mata BonusLink |
Daftar untuk Keahlian BonusLink melalui Aplikasi AmOnline DAN pautkan akaun anda kepada Aplikasi AmOnline |
500 Mata BonusLink
|
Pautkan Keahlian BonusLink sedia ada anda kepada Aplikasi AmOnline |
250 Mata BonusLink
|
Bagaimanakah jika saya mendaftar di Aplikasi BLINK dan kemudian memautkan akaun kepada AmOnline?
Jika anda mendaftar melalui Aplikasi BLINK (dan bukannya AmOnline) kemudian memautkan akaun anda di AmOnline sepanjang tempoh kempen, anda akan memperoleh 250 Mata BonusLink untuk pemautan sahaja. Tiada mata diberikan untuk pendaftaran yang dilakukan di luar Aplikasi AmOnline.
Bolehkah saya menyahpaut dan memautkan semula akaun saya untuk mendapatkan mata?
Tidak. Menyahpaut dan memautkan semula akaun anda sepanjang tempoh kempen tidak akan memberikan anda sebarang Mata BonusLink. Akaun yang dipautkan sebelum kempen bermula juga tidak layak.