Gambaran Keseluruhan & Kelayakan Kempen

Apakah Kempen Tap, Link & Earn?

Kempen Tap, Link & Earn dianjurkan oleh AmBank dengan kerjasama BonusLink. Kempen ini memberikan ganjaran Mata BonusLink kepada pengguna Aplikasi AmOnline apabila mereka mendaftar untuk Keahlian BonusLink dan/atau memautkan akaun BonusLink mereka kepada Aplikasi AmOnline sepanjang tempoh kempen.

  • Tempoh Kempen: 1 Ogos 2026 hingga 31 Mac 2027 (termasuk kedua-dua tarikh).

Siapakah yang layak menyertai kempen ini?

Promosi ini terbuka kepada pelanggan Aplikasi AmOnline yang belum mendaftar untuk Keahlian BonusLink ATAU belum memautkan Keahlian BonusLink sedia ada mereka kepada AmOnline sebelum 1 Ogos 2026.

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.