Apakah Penukaran Mata BonusLink kepada Mata Enrich?
Ia membolehkan ahli BonusLink yang layak menukarkan Mata BonusLink mereka kepada Mata Enrich melalui platform BonusLink. Ahli BonusLink yang layak mestilah ahli Enrich sedia ada dengan nombor pendaftaran unik yang dikenali sebagai ‘ID Ahli Enrich’ yang dikeluarkan oleh Enrich
Di manakah saya boleh menukarkan Mata saya?
Ciri penukaran ini tersedia secara eksklusif di platform BonusLink.
Hanya akses ciri Points Exchange dalam BLINK App Container untuk bermula.
Berapa lamakah program penukaran ini tersedia?
Program semasa tersedia sehingga 31 Mei 2027, melainkan BonusLink meminda atau menarik balik program ini lebih awal.
BonusLink berhak untuk meminda, menambah, menarik balik atau mengubah program dan kadar penukarannya mengikut budi bicaranya. Ahli yang terus menyertai program ini akan tertakluk pada Terma & Syarat yang terpakai terkini.