Perbelanjaan Layak & Tidak Layak

Bagaimanakah perbelanjaan layak dijejaki?

Penjejakan perbelanjaan ditentukan berdasarkan Tarikh Catatan (Waktu Malaysia) bagi transaksi pada penyata kad anda. Perbelanjaan luar negara akan ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) berdasarkan kadar pertukaran asing Visa International.

Apakah transaksi yang dikecualikan daripada perbelanjaan yang layak?

Jenis transaksi berikut tidak dikira sebagai perbelanjaan runcit yang layak:

  • Pelan Pembayaran Mudah 0% (0% EPP), Pemindahan Baki (BT), QuickCash (QC), dan Pendahuluan Tunai.

  • Transaksi quasi-tunai / perjudian & pertaruhan.

  • Transaksi yang dipulangkan, dibayar balik, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan.

  • Caj kewangan, fi faedah, fi lewat bayar, cukai perkhidmatan atau fi pengeluaran kad.

  • Tambah nilai e-dompet, bayaran utiliti dan bayaran insurans (dalam talian, debit automatik atau berulang).

.

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.