Apakah jumlah perbelanjaan yang diperlukan dan ganjaran Mata BonusLink?
| Kad Kredit yang Layak | Perbelanjaan Terkumpul Minimum | Ganjaran Mata BonusLink |
|---|---|---|
| AmBank BonusLink Visa Platinum | RM1,500 dalam tempoh 60 hari | 20,000 Mata |
| AmBank BonusLink Visa Signature | RM3,000 dalam tempoh 60 hari | 45,000 Mata |
Berapakah ganjaran yang boleh saya peroleh?
Setiap pemegang kad yang layak berhak menerima hanya satu ganjaran Tawaran Selamat Datang Mata BonusLink sepanjang kempen, tanpa mengira jumlah kad yang mengambil bahagian yang dipohonnya.
Adakah terdapat had ganjaran bulanan?
Ya. Ganjaran diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat, tertakluk kepada peruntukan bulanan sebanyak 11,750,000 Mata BonusLink:
- Visa Platinum: 5,000,000 Mata sebulan, dihadkan kepada 250 kad.
- Visa Signature: 6,750,000 Mata sebulan, dihadkan kepada 150 kad.
Peruntukan bulanan yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke hadapan ke bulan berikutnya.
AmBank tidak berkewajipan untuk memaklumkan pemegang kad setelah peruntukan bulanan digunakan sepenuhnya.