Di mana dan bagaimanakah saya boleh menebus e-Voucher Derma Cancer Research Malaysia?
e-Voucher Derma Cancer Research Malaysia hanya tersedia melalui Aplikasi BLINK.
Untuk menebus:
- Buka Aplikasi BLINK anda.
- Pada halaman utama, tatal ke bawah dan cari “Tingkatkan pengalaman BonusLink anda”.
- Ketik “Lihat Semua” dan pilih “BonusLink x Cancer Research Malaysia - Share Your Points, Share Your Hope”.
- Pilih jumlah derma yang anda inginkan.
- Ketik “Tambah ke Troli” dan lengkapkan penebusan anda menggunakan Mata BonusLink.
Setelah penebusan anda berjaya, butiran e-Voucher derma anda akan tersedia di bawah “Dompet Saya” dalam Aplikasi BLINK.
Adakah saya perlu meleret atau memasukkan kod promosi untuk melengkapkan derma saya?
Tidak. Tiada tindakan lanjut diperlukan selepas penebusan Mata BonusLink anda selesai.
Anda mungkin melihat pilihan “Tunjukkan Kod” atau “Leret untuk Menebus” dipaparkan dalam dompet Aplikasi BLINK anda. Arahan ini merupakan sebahagian daripada paparan sistem baucar digital dan tidak terpakai untuk proses penebusan e-Voucher Derma CRMY.
Adakah derma saya boleh ditolak cukai?
Ya. Derma dibuat terus kepada Cancer Research Malaysia, yang merupakan institusi diluluskan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.