Jika transaksi “Penebusan Di Kedai (In Store Redemption)” anda gagal, sila ikuti langkah penyelesaian awal berikut:
Pastikan akaun BonusLink anda aktif:
Log masuk ke akaun anda sebelum membuat penebusan dan pastikan anda boleh menerima Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang diperlukan untuk melengkapkan proses penebusan.Semak baki mata anda:
Pastikan anda mempunyai jumlah Mata BonusLink yang mencukupi untuk menampung keseluruhan kos penebusan.
Jika akaun anda aktif dan baki mata mencukupi tetapi masalah masih berlaku, sila hubungi pasukan Member Interaction kami untuk mendapatkan bantuan melalui saluran “Email Us” di bawah.
Untuk membantu kami menyiasat dan menyelesaikan isu anda dengan lebih cepat, sila berikan maklumat berikut:
- Mesej ralat yang dipaparkan semasa transaksi
- Tarikh, masa, dan nama premis rakan niaga tempat kegagalan berlaku
- Nombor Kad BonusLink atau nombor telefon mudah alih berdaftar anda