Anda boleh menebus Mata BonusLink anda dengan mudah melalui 3 saluran yang tersedia:
Melalui Aplikasi BLINK:
Log masuk ke akaun anda melalui Aplikasi BLINK.
Klik "Deals" yang terletak di bahagian bawah halaman utama.
Pilih item kegemaran anda dengan mudah dengan melayari pelbagai kategori yang tersedia.
Tip: Apabila anda sudah menemui ganjaran pilihan anda, hanya ikut arahan mudah pada skrin untuk membuat penebusan dan nikmati ganjaran anda”
Melalui Website BonusLink:
Log masuk ke akaun anda melalui laman web rasmi kami.
Klik "Redeem" yang terletak di bahagian atas halaman utama.
Terokai katalog ganjaran dalam talian kami yang luas!
💡 Tip:Temui ganjaran pilihan anda dengan mudah dengan menapis carian berdasarkan julat Mata, Item jualan istimewa, jenama dan kategori.
Cawangan Kedai Fizikal
Ganjaran terpilih boleh ditebus terus di kaunter apabila anda mengunjungi cawangan rakan kongsi utama kami (tertakluk kepada ketersediaan stok dan terma & syarat):
Shell: Menawarkan ganjaran fizikal terpilih secara terus di kaunter (seperti makanan ringan, minuman, atau barangan promosi), serta baucar bahan api.
Parkson: Menawarkan penebusan baucar untuk digunakan bagi keperluan membeli-belah dan fesyen anda.
Focus Point: Menawarkan penebusan baucar untuk digunakan bagi keperluan penjagaan mata dan cermin mata anda.