Berapakah jumlah Mata yang saya peroleh dan bagaimanakah ia dikira?
Anda boleh memperoleh sehingga 0.56 Mata BonusLink bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata dikira berdasarkan jumlah pembelian bersih sahaja, tidak termasuk yuran penghantaran, caj pengendalian dan diskaun pedagang.
Adakah terdapat item atau produk yang dikecualikan daripada memperoleh Mata?
Ya. Kategori atau item promosi tertentu mungkin dikecualikan bergantung pada polisi khusus kedai Shopee. Pengecualian bagi jenama individu disenaraikan di bawah Terma & Syarat halaman jenama masing-masing.
Bilakah Mata BonusLink akan dikreditkan ke dalam akaun saya?
Mata akan dikreditkan dalam tempoh 135 hari selepas transaksi yang berjaya dan selesai. Tempoh ini membolehkan pedagang mengesahkan bahawa pesanan tidak dibatalkan, dipulangkan atau dikembalikan wangnya.