Apakah kemas kini terkini Program Shell Power Up?

Berkuat kuasa 1 Julai 2026, pembelian diesel di Shell tidak lagi termasuk dalam pengiraan Mata ganjaran kesetiaan di bawah struktur yang telah disemak semula.

Mengapa Shell membuat perubahan ini?

Shell sedang menambah baik program ini bagi memberi lebih fokus kepada pemandu harian dan memastikan ganjaran kekal relevan mengikut keperluan pelanggan yang berbeza.

 

Adakah perubahan ini menjejaskan pembelian bahan api lain?

Mata yang diperoleh untuk “Shell Fuels” seperti Shell Fuels, Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97, dan/atau Shell V-Power Racing serta “Shell Lubricants” seperti minyak enjin Shell Helix Motor dan/atau minyak motosikal Shell Advance kekal tidak berubah.

Hanya pembelian Diesel dan Diesel Euro 5 tidak lagi termasuk dalam pengiraan Mata ganjaran kesetiaan.

 

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?

Anda boleh menghubungi Shell Customer Operations atau pasukan Interaksi Ahli BonusLink (BonusLink Member Interactions) untuk maklumat lanjut.

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.