Saya merupakan Ahli BonusLink baharu:
Untuk melayakkan diri menyertai Program Ganjaran Power Up, anda perlu memuat turun, memasang dan mendaftar di aplikasi BLINK dan/atau Shell. Selepas pendaftaran selesai, anda akan memasuki program dengan 0 mata dan secara automatik ditempatkan dalam Tier Member.
Saya merupakan Ahli BonusLink sedia ada tetapi belum menggunakan aplikasi BLINK dan/atau Shell:
Untuk melayakkan diri menyertai Program Ganjaran Power Up, anda perlu memuat turun, memasang dan mendaftar di aplikasi BLINK dan/atau Shell. Selepas pendaftaran selesai, anda akan memasuki program dengan 0 mata dan secara automatik ditempatkan dalam tier yang sepadan dengan jumlah mata yang anda kumpulkan dalam kitaran sebelumnya.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui tahap (tier) saya?
Anda boleh memuat turun dan mendaftar di aplikasi BLINK untuk melihat perkembangan anda dalam program ini. Hanya klik pada butang "Power Up Rewards" di halaman utama aplikasi BLINK atau pautan "View my progress and tier" di halaman utama aplikasi Shell.