Untuk mengekalkan tier keahlian semasa, ahli perlu mengekalkan jumlah kutipan mata yang ditetapkan bagi tier tersebut. Contohnya, ahli Silver perlu mengumpul sekurang-kurangnya 101 Standard Points untuk kekal sebagai ahli Silver bagi kitaran seterusnya.
Penetapan semula tier hanya dilakukan setiap 2 bulan sekali, iaitu pada hari pertama bagi setiap kitaran baharu.
Bagaimanakah penurunan tier (downgrading) berfungsi dalam Program ini?
Semua ahli tier diberikan tempoh 2 bulan untuk mencapai ambang kelayakan bagi setiap tahap. Penetapan semula (reset) tier akan dilakukan setiap 2 bulan sekali. Jika anda gagal mengumpul jumlah Standard Points yang diperlukan untuk mengekalkan tier semasa dalam kitaran tersebut, anda akan diturunkan secara automatik ke satu tier lebih rendah pada hari pertama kitaran berikutnya.
Adakah saya boleh memohon lanjutan tempoh sekiranya saya tidak berjaya mencapai ambang Standard Points untuk mengelakkan penurunan tier?
Tidak. Terma dan syarat program ini adalah tetap, dan tiada lanjutan tempoh akan diberikan.