Bagaimanakah Program Ganjaran Power Up berfungsi?

Berikut ialah syarat kelayakan bagi setiap Tahap (Tier):

Tahap KeahlianKeperluan Kutipan Mata Standard BonusLink (Setiap Kitaran - 2 Bulan)

Member

0 – 100 Mata Standard BonusLink

Silver

101 – 400 Mata Standard BonusLink

Gold

401 – 1,000 Mata Standard BonusLink

Platinum

Minimum 1,001 Mata Standard BonusLink

 

Mata Standard yang layak untuk kenaikan Tahap (Tier) diperoleh melalui pembelian Shell Fuels (tidak termasuk Diesel) dan/atau sebarang pembelian di Stesen Shell, termasuk Shell Lubricants.

Ahli perlu mengumpul jumlah minimum Mata BonusLink Standard seperti yang dinyatakan bagi setiap Tahap dalam tempoh kitaran, dan status akan dinaik taraf secara automatik.

Sebarang Mata Bonus yang diperoleh melalui promosi, kempen, atau pengganda mata (point multipliers) sebagai sebahagian daripada ganjaran Tahap dalam setiap kitaran tidak akan dikira untuk tujuan kenaikan Tahap.

Contoh #1: Jika Ahli Gold memperoleh 2x Mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk bahan api, hanya 1x Mata Standard akan dikira untuk kenaikan Tahap.

Contoh #2: Jika anda menyertai kempen Shell BonusLink yang menawarkan 10x Mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk Lubricants dalam tempoh promosi, hanya 1x Mata Standard akan dikira untuk kenaikan Tahap.

Di bawah Program ini, Ahli dibenarkan mengumpul sehingga 2,500 Mata Bonus bagi setiap kitaran daripada sebarang ganjaran yang mempunyai pengganda mata ke atas Produk Layak di Stesen Shell.

Struktur Mata adalah seperti berikut:

• Satu (1) Mata BonusLink Standard bagi setiap 1 liter bahan api yang dibeli*

• Satu (1) Mata BonusLink Standard bagi setiap RM1 pembelian di Shell SELECT atau Shell Lubricants

• Shell V-Power Racing: Ahli akan memperoleh 5x Mata bagi setiap 1 liter yang dibeli. Kesemua 5x Mata ini akan dikira untuk kenaikan Tahap.

• Shell Select: Ahli boleh membuka ganjaran 5x Mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select jika mereka mencapai perbelanjaan terkumpul sebanyak RM30 di Shell Select dalam kitaran yang sama. Walau bagaimanapun, hanya 1x Mata Standard akan dikira untuk kenaikan Tahap. Pengganda ini akan ditetapkan semula pada kitaran seterusnya.

Penebusan Mata tidak akan menjejaskan perkembangan Tahap (Tier).

Contoh: Jika anda merupakan Ahli Gold dengan 700 Mata Standard dan anda menebus Item Premium BonusLink yang memerlukan 500 Mata Standard, ini tidak bermaksud anda bukan lagi Ahli Gold kerana baki anda tinggal 200 Mata Standard. Anda hanya perlu terus mengumpul Mata yang mencukupi untuk mengekalkan atau meningkat ke Tahap seterusnya.

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.