Apakah itu Program Power Up Rewards?

Program Ganjaran Power Up ialah program kerjasama yang dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Bonuskad Loyalty Sdn. Bhd. yang terdiri daripada empat tahap.

Ahli boleh naik ke setiap tahap  Member, Silver, Gold, dan Platinum  dengan mengumpul Mata BonusLink Standard di Shell.

Program ini bermula pada 1 Julai 2022. Program ini telah dikemas kini dan akan berkuat kuasa mulai 1 November 2024.

Apakah perubahan baharu?

Ganjaran dan faedah mengikut tahap (tier rewards and benefits) kini hanya terpakai kepada ahli BonusLink yang telah memuat turun BLINK App dan/atau Shell App sahaja.

Julat tahap (tiering brackets) dan ganjaran Mata BonusLink juga telah dikemas kini bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada ahli.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar BLINK App atau Shell App?

Anda boleh mendapatkan aplikasi BLINK App melalui gedung aplikasi pilihan anda hari ini!

Anda juga boleh memuat turun Shell App melalui Google Play dan Apple App Store.

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.