Ini diperoleh daripada perbandingan antara mata yang anda peroleh dengan Kad Kredit Visa BonusLink AmBank berbanding mata yang akan anda peroleh tanpa menggunakan kad kredit (sebagai ahli BonusLink biasa). Anda boleh merujuk kepada simulasi di bawah.
| Kategori | Parkson (Tanpa Kad Kredit) | Parkson (Dengan Kad Kredit AmBank) | Shell (Tanpa Kad Kredit) | Shell (Dengan Kad Kredit AmBank) |
|---|---|---|---|---|
| Mata Tambahan | – | 1,000 Mata (RM1 = 5 BLP) | – | 1,000 Mata (RM1 = 5 BLP) |
| Mata Asas | – | 400 Mata (RM1 = 2 BLP) | – | 40 Mata (RM5 = 1 BLP) |
| Mata yang diperoleh daripada Ganjaran Power Up Parkson / Shell5 | 100 Mata (RM2 = 1 BLP) | 100 Mata (RM2 = 1 BLP) | 101 Mata (1L = 1 BLP) | 202 Mata (1L = 2 BLP) |
| Jumlah Mata (Dalaman) | 100 Mata | 1,500 Mata | 101 Mata | 1,242 Mata |
| Pengganda Mata (Dalaman) | – | 15X | – | 12X |
Nota:
1. Ilustrasi perbelanjaan dan perolehan mata disimulasikan menggunakan Kad Kredit Visa Signature BonusLink AmBank.
2. Dengan Kad Kredit Visa Signature BonusLink AmBank: RM 1 = 5 Mata Tambahan, dihadkan kepada 3,000 Mata untuk jumlah perbelanjaan gabungan di Shell dan Parkson.
3. Dengan Kad Kredit Visa Signature BonusLink AmBank: i. RM1 = 2 Mata Asas untuk Parkson, tanpa had. ii. RM5 = 1 Mata Asas untuk Shell, tanpa had.
4. Pengganda Mata dikira dengan membandingkan Mata yang diperoleh pelanggan di Shell menggunakan Kad Kredit Visa BonusLink AmBank dengan Mata yang akan diperoleh untuk transaksi yang sama tanpa Kad Kredit tersebut.
5. Mata yang diperoleh dikira berdasarkan mata yang akan anda peroleh jika anda membeli-belah dan mengisi minyak di Parkson atau Shell. Di Shell, jika anda menggunakan Kad Kredit Visa Signature BonusLink AmBank untuk mengisi minyak, anda akan dinaik taraf serta-merta kepada Tahap Keahlian Gold dengan pengganda mata yang lebih tinggi.