Terma dan Syarat Perjalanan BonusLink
1. Definisi
- Dalam Terma dan Syarat ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang lain, perkataan dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan di bawah:
|
Frasa
|
Definisi
|
|---|---|
| Akaun | bermaksud akaun anda yang dibuka dengan BLSB berkaitan dengan Program BonusLink atau Platform; |
|
Program BonusLink |
bermaksud program Keahlian ganjaran pengguna BonusLink yang dijalankan, diuruskan dan/atau dikendalikan oleh BLSB; |
| BonusLink Travel |
bermaksud platform yang dikendalikan oleh BLSB yang membolehkan Ahli membuat tempahan hotel dan penginapan dengan Pembekal melalui EasyGDS;
|
| EasyGDS |
bermaksud EasyGDS Limited (Nombor Pendaftaran Syarikat UK: 13658188) yang beralamat di 6 Thorney Lane South, Iver, Bucks, United Kingdom, SL0 9AE, iaitu penyedia inventori hotel dan tempahan yang bertanggungjawab mengatur tempahan Ahli dengan Pembekal, termasuk ketersediaan bilik, pembatalan dan bayaran balik;
|
| Ahli |
bermaksud ahli Program BonusLink yang telah mendaftar dengan dan diterima oleh BLSB mengikut Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan istilah “Keahlian” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
|
| Terma dan Syarat Keahlian | bermaksud terma dan syarat yang diterbitkan oleh BLSB dari semasa ke semasa di Platform yang membentuk suatu perjanjian antara anda dan BLSB berkenaan Keahlian anda serta penggunaan semua perkhidmatan berkaitan Platform yang disediakan oleh kami kepada anda; |
| Platform | bermaksud laman web berkaitan, aplikasi mudah alih, laman mudah alih dan/atau platform dalam talian lain yang dimiliki, diuruskan dan/atau dikendalikan oleh BLSB; |
| Polisi | bermaksud sebarang polisi yang dibangunkan oleh BLSB atau diterbitkan oleh BLSB di Platform berkaitan dengan Terma dan Syarat ini dan/atau Keahlian dari semasa ke semasa; |
| Mata |
bermaksud mata yang diperoleh atau diberikan kepada Ahli oleh BLSB mengikut kaedah yang ditentukan oleh BLSB dari semasa ke semasa;
|
| Dasar Privasi |
bermaksud dasar privasi yang diterbitkan di Platform;
|
| Pembekal |
bermaksud penyedia hotel dan/atau penginapan yang dikontrak melalui EasyGDS;
|
| Terma dan Syarat |
bermaksud Terma dan Syarat BonusLink Travel ini sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa;
|
| “anda” atau “milik anda” | bermaksud Ahli dan pengguna Platform dan/atau BonusLink Travel (mengikut mana-mana yang berkenaan); dan |
| “kami”, “kita”, “milik kami”, “BonusLink” atau “BLSB” | bermaksud BonusKad Loyalty Sdn Bhd [Nombor Pendaftaran Syarikat: 199701022703 (438200-T)]. |
2. Perjanjian
- Semua tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan terma dan syarat khusus Pembekal masing-masing, yang boleh didapati di laman web Pembekal tersebut. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, terma dan syarat khusus Pembekal hendaklah diguna pakai bagi sebarang perkara berkaitan tempahan, manakala Terma dan Syarat ini akan mengawal penggunaan anda terhadap BonusLink Travel.
- Dengan menggunakan BonusLink Travel dan/atau melengkapkan sesuatu tempahan, Ahli bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat ini termasuk peraturan berkaitan pembatalan, bayaran balik dan Mata. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian dalam Terma dan Syarat ini, anda hendaklah tidak menggunakan BonusLink Travel atau membuat tempahan dengan kami.
- Dengan menggunakan BonusLink Travel, Ahli mengakui dan bersetuju terhadap pemprosesan semua data peribadi dan maklumat yang diberikan, disediakan atau dikemukakan oleh anda kepada kami selaras dengan Dasar Privasi. Anda selanjutnya mengakui bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi tersebut.
- Tanpa mengehadkan keluasan maksud perkara di atas, penggunaan BonusLink Travel dan/atau Platform hendaklah pada setiap masa tertakluk kepada semua Polisi yang mungkin dibangunkan dan dikenakan ke atas pengguna berkaitan oleh kami dari semasa ke semasa.
3. Kelayakan
- BonusLink Travel hanya tersedia kepada individu yang telah berjaya mendaftar sebagai Ahli Program BonusLink.
- Akses kepada dan penggunaan BonusLink Travel adalah pada setiap masa tertakluk kepada Terma dan Syarat Keahlian, sebagaimana yang boleh dipinda, ditambah atau dikemas kini oleh kami dari semasa ke semasa dan diterbitkan di Platform kami.
- Sekiranya Keahlian anda digantung, ditamatkan atau tidak lagi sah atas apa-apa sebab sekalipun, kelayakan anda untuk menggunakan BonusLink Travel akan terhenti serta-merta.
3A. BonusLink Travel
- Kami mengendalikan BonusLink Travel sebagai satu platform yang boleh diakses melalui laman web atau aplikasi mudah alih kami, bagi membolehkan Ahli mencari, menempah, membeli dan/atau mengatur tempahan hotel dan penginapan dengan Pembekal melalui EasyGDS.
- Semua tempahan yang dibuat melalui BonusLink Travel adalah dibuat secara terus dengan Pembekal melalui EasyGDS. BLSB tidak menyediakan, memiliki, mengendalikan atau menguruskan mana-mana hotel atau penginapan, dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas hotel dan/atau penginapan yang disediakan oleh Pembekal.
- Peranan BLSB adalah terhad kepada memudahkan proses pembayaran, termasuk membolehkan pembayaran dibuat menggunakan Mata dan/atau wang tunai, serta menyampaikan permintaan tempahan Ahli, pengesahan pembayaran dan maklumat berkaitan kepada Pembekal yang berkaitan melalui EasyGDS. EasyGDS akan berkomunikasi dengan Pembekal berkaitan bagi tujuan pengesahan tempahan dan pemenuhan tempahan Ahli.
4. Akses dan Penggunaan BonusLink Travel
4.1 Kandungan dan Ketersediaan Platform BonusLink Travel
- Kami tidak menjamin ketulenan, ketepatan atau kelengkapan mana-mana kandungan di Platform, termasuk kandungan yang disediakan oleh Pembekal.
- Harga yang dipaparkan untuk hotel dan/atau penginapan di Platform mungkin berubah semasa atau selepas carian anda. Perubahan harga selepas tempahan disahkan tidak akan menjejaskan harga yang telah disahkan untuk tempahan anda.
- Penggunaan kandungan di Platform adalah atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang timbul daripada kandungan yang diakses melalui Platform.
- Kami tidak menjamin bahawa Platform kami akan sentiasa tersedia atau beroperasi tanpa gangguan. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada sebarang ketidaktersediaan atau gangguan terhadap Platform atau Perkhidmatan kami.
4.2 Penggunaan BonusLink Travel
-
Anda bersetuju bahawa:
- anda hanya akan menggunakan BonusLink Travel untuk tujuan peribadi dan bukan komersial;
- anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memasuki kontrak;
- anda akan menggunakan BonusLink Travel secara sah dan mematuhi Terma dan Syarat ini;
- semua maklumat yang diberikan oleh anda adalah benar, tepat dan lengkap; dan
- jika anda membuat sebarang tempahan bagi pihak mana-mana individu lain:
- anda akan mendapatkan kebenaran daripada mereka sebelum bertindak bagi pihak mereka;
- anda akan memaklumkan kepada mereka mengenai Terma dan Syarat yang terpakai bagi tempahan tersebut serta memastikan bahawa mereka bersetuju dan akan mematuhi Terma dan Syarat tersebut; dan
- anda akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa jumlah yang perlu dibayar, membuat sebarang permintaan perubahan/pembatalan dan menguruskan semua perkara lain yang berkaitan dengan tempahan tersebut.
4.3 Penggunaan yang Dilarang
- Anda bersetuju untuk tidak:
- menggunakan BonusLink Travel secara menyalahi undang-undang, secara penipuan atau dengan cara yang menyalahgunakan;
- membuat tempahan palsu, penipuan atau spekulatif melalui BonusLink Travel;
- menggunakan BonusLink Travel untuk apa-apa tujuan lain yang tidak munasabah seperti yang dimaksudkan oleh kami;
- menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin atau menjual semula mana-mana kandungan BonusLink Travel yang bertentangan dengan Terma dan Syarat ini;
- mengakses tanpa kebenaran, mengganggu, merosakkan atau menyebabkan gangguan kepada mana-mana bahagian, peralatan atau rangkaian tempat BonusLink Travel disimpan, atau mana-mana perisian yang digunakan dalam penyediaan BonusLink Travel;
- menyiarkan atau menghantar, atau menyebabkan untuk disiarkan atau dihantar:(a) apa-apa bahan yang bersifat fitnah, mencemarkan nama baik, lucah, pornografi, menyalahgunakan, menyinggung perasaan, penipuan, mengelirukan, mengganggu atau tidak sopan; (b) kandungan berniat jahat termasuk perisian hasad (malware), Trojan horse atau virus, atau apa-apa kandungan yang mengganggu akses mana-mana Ahli kepada Platform kami; dan (c) penghantaran mel pukal yang tidak diminta atau bentuk spam lain, termasuk mel sampah (junk mail) atau surat berantai; dan
- melanggar mana-mana undang-undang, statut, ordinan atau peraturan yang berkuat kuasa serta mana-mana hak kami dan/atau mana-mana pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak harta intelek.
5. Terma Tempahan Umum
5.1 Proses Tempahan
- Ahli boleh melayari dan melihat hotel dan/atau penginapan melalui BonusLink Travel, dengan semua tempahan dibuat secara terus dengan Pembekal melalui EasyGDS.
- Semua tempahan adalah tertakluk kepada jenis kadar yang berkenaan, yang menentukan terma pembatalan, pindaan dan bayaran balik bagi tempahan tersebut. Ahli bertanggungjawab untuk menyemak dan memahami jenis kadar yang berkenaan sebelum melengkapkan sesuatu tempahan, seperti yang dinyatakan dengan lebih lanjut di bawah:
- Kadar Tidak Boleh Dikembalikan
- Tidak boleh dibatalkan, dipinda atau dikembalikan bayaran selepas pengesahan.
- Tiada bayaran balik, kredit atau pengembalian semula Mata akan diberikan bagi pembatalan, ketidakhadiran (no-show) atau daftar keluar awal.
- Kadar Boleh Dikembalikan
- Boleh dibatalkan mengikut terma dan syarat khusus Pembekal.
- Tempoh pembatalan biasanya adalah 5 hari bekerja sebelum daftar masuk, tertakluk kepada polisi pembatalan Pembekal yang terkandung dalam terma dan syarat khusus Pembekal.
- Setelah tempahan berada di luar tempoh pembatalan yang ditetapkan oleh Pembekal, pembatalan tidak lagi dibenarkan dan tiada bayaran balik akan diberikan.
- Jumlah bayaran balik mungkin berbeza disebabkan oleh turun naik kadar pertukaran mata wang asing yang dikenakan oleh bank pengeluar atau penyedia pembayaran pada masa pemprosesan bayaran balik.
- Kegagalan Membatalkan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan
- Jumlah tempahan akan dilucutkan.
- Tiada bayaran balik atau pelarasan Mata akan diberikan.
- Setelah memilih hotel dan/atau penginapan yang dikehendaki, Ahli dikehendaki untuk memberikan butiran tetamu yang lengkap dan tepat serta meneruskan ke proses pembayaran.
- Penghantaran sesuatu tempahan merupakan permintaan tempahan kepada Pembekal yang berkaitan melalui EasyGDS, tertakluk kepada penerimaan oleh Pembekal.
- Tempahan hanya akan disahkan setelah Pembekal menerima permintaan tersebut, pada ketika itu tempahan yang disahkan akan diwujudkan.
- Kadar Tidak Boleh Dikembalikan
5.2 Pembayaran
- Pembayaran hendaklah dibuat melalui kad kredit atau kad debit dan/atau penebusan Mata.
- Tempahan tertentu mungkin membenarkan gabungan pembayaran menggunakan Mata dan wang tunai, tertakluk kepada ketersediaan Mata dalam Akaun Ahli. Jika berkenaan, Mata boleh digunakan untuk mengimbangi sebahagian atau keseluruhan jumlah tempahan.
- Semua pembayaran tunai yang dibuat melalui saluran pembayaran yang diluluskan akan diproses dan ditukarkan kepada Mata dalam sistem BonusLink semata-mata bagi tujuan menebus tempahan hotel dan/atau penginapan yang berkaitan.
- Mata yang digunakan untuk sesuatu tempahan akan dianggap telah ditebus apabila tempahan disahkan dan tidak boleh digunakan semula, kecuali jika pembatalan dibenarkan mengikut Terma dan Syarat ini.
- Ahli hendaklah memastikan bahawa butiran pembayaran yang diberikan adalah sah dan dana atau Mata yang mencukupi tersedia pada masa transaksi dibuat.
- Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang yuran, caj, turun naik mata wang atau kos lain yang dikenakan oleh penyedia pembayaran atau institusi kewangan Ahli.
5.3 Pengesahan Tempahan
- Sesuatu tempahan hanya akan disahkan setelah diterima oleh Pembekal.
- Selepas pengesahan, Ahli akan menerima e-mel pengesahan tempahan yang mengandungi nombor rujukan tempahan dan butiran berkaitan tempahan tersebut.
- Bagi mengelakkan sebarang keraguan, mana-mana halaman “pengesahan” atau “terima kasih” yang dipaparkan selepas penghantaran pembayaran hanya mengakui penerimaan permintaan tempahan dan tidak merupakan pengesahan tempahan yang telah disahkan.
6. Polisi Pindaan / Pembatalan Tempahan dan Bayaran Balik
6.1 Pindaan Tempahan
- BonusLink Travel tidak menyokong sebarang pindaan tempahan selepas sesuatu tempahan disahkan. Perubahan terhadap tarikh perjalanan, butiran tetamu, jenis bilik atau maklumat tempahan lain (secara kolektif, “Pindaan Tempahan”) tidak dibenarkan.
- Sekiranya Pindaan Tempahan diperlukan, Ahli hendaklah:
- Membatalkan tempahan sedia ada (tertakluk kepada polisi pembatalan Pembekal); dan
- Membuat tempahan baharu dengan butiran yang betul.
- Permintaan untuk tambahan atau pengaturan khas (contohnya katil tambahan, sarapan pagi, pemindahan lapangan terbang, persediaan sambutan) tidak dikendalikan oleh kami. Ahli boleh menghubungi Pembekal secara terus dan segera untuk mengatur sebarang tambahan tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat khusus Pembekal serta caj yang dikenakan.
- Penalti pembatalan atau bayaran balik sebahagian mungkin dikenakan berdasarkan terma dan syarat Pembekal.
- Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbezaan kadar antara tempahan asal dan tempahan baharu.
- Tempahan baharu adalah tertakluk kepada ketersediaan dan kadar semasa pada masa tempahan semula dibuat.
- Kami tidak memudahkan atau menjamin kelulusan bagi sebarang permintaan tambahan yang dibuat secara terus dengan Pembekal melalui EasyGDS.
6.2 Pembatalan Tempahan
- Semua pembatalan tempahan hendaklah dikemukakan melalui saluran Pusat Interaksi Ahli BonusLink (e-mel, WhatsApp atau portal dalam talian) (“Permintaan Pembatalan”).
- Semua Permintaan Pembatalan yang dibuat melalui saluran yang tidak dibenarkan tidak akan diproses.
- Semua Permintaan Pembatalan adalah tertakluk kepada pengesahan butiran tempahan, terma dan syarat khusus Pembekal serta kelulusan BonusLink. Terma dan syarat khusus Pembekal hendaklah diberi keutamaan jika berkenaan.
- BonusLink dan rakan kongsi gabungannya boleh, atas budi bicara mutlak kami, menolak mana-mana Permintaan Pembatalan yang tidak memenuhi syarat pembatalan.
- Tempoh pemprosesan berbeza bergantung kepada jenis tempahan, terma dan syarat khusus Pembekal serta keperluan operasi, biasanya dalam tempoh 7 hingga 21 hari bekerja.
- Semua Permintaan Pembatalan bagi tempahan BonusLink Travel hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh daftar masuk atau tarikh perkhidmatan yang dijadualkan. Mana-mana Permintaan Pembatalan yang diterima selepas tempoh tersebut mungkin tidak layak untuk bayaran balik atau pemulangan semula Mata dan/atau wang tunai yang digunakan bagi tempahan tersebut.
6.3 Polisi Bayaran Balik
- Tertakluk kepada terma dan syarat khusus Pembekal berkenaan dengan polisi bayaran balik,
- semua bayaran balik yang diluluskan akan dikembalikan melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan untuk tempahan tersebut.
- Sekiranya pembayaran dibuat sepenuhnya menggunakan wang tunai (termasuk kad kredit/debit atau saluran pembayaran lain yang diluluskan), bayaran balik yang diluluskan akan dikreditkan semula kepada kaedah pembayaran asal yang sama.
- Sekiranya pembayaran dibuat sepenuhnya menggunakan Mata, bayaran balik yang diluluskan akan dipulangkan dalam bentuk Mata ke dalam Akaun Ahli.
- Sekiranya pembayaran dibuat menggunakan gabungan wang tunai dan Mata:
- Bahagian wang tunai akan dikembalikan kepada kaedah pembayaran asal; dan
- Bahagian Mata akan dibalikkan dan dikreditkan semula ke dalam Akaun BonusLink Ahli.
- Bagi mengelakkan sebarang keraguan, sebarang bayaran balik yang diproses dalam bentuk tunai merupakan bayaran balik bagi jumlah tunai yang dibayar oleh Ahli berkaitan dengan transaksi tersebut, termasuk jika wang tunai tersebut digunakan untuk pembelian atau penebusan Mata bagi tempahan tersebut.
- Tempoh pemprosesan mungkin berbeza disebabkan oleh prosedur pengesahan dalaman, proses perbankan dan keperluan gerbang pembayaran, jika berkenaan.
- Mata bayaran balik yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam Akaun BonusLink Ahli dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh penyerahan.
- Jumlah bayaran balik (sama ada dalam bentuk wang tunai dan/atau Mata) tidak boleh melebihi jumlah asal yang telah dibayar atau ditebus bagi tempahan tersebut.
- Jumlah bayaran balik hendaklah ditentukan sepenuhnya berdasarkan polisi pembatalan dan bayaran balik Pembekal yang berkuat kuasa pada masa tempahan dibuat.
- BonusLink tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pengurangan jumlah bayaran balik yang berpunca daripada polisi pembatalan atau bayaran balik Pembekal.
- Tiada bayaran balik atau pemulihan Mata akan diberikan bagi:
- Tempahan dengan kadar tidak boleh dikembalikan (Non-refundable rate).
- Ketidakhadiran (no-show) iaitu kegagalan untuk daftar masuk tanpa pembatalan terlebih dahulu.
- Daftar keluar awal atau pengurangan tempoh penginapan.
- Permintaan Pembatalan yang dikemukakan di luar tempoh pembatalan yang dibenarkan.
- Tempahan di mana Ahli telah melanggar polisi terma dan syarat khusus Pembekal atau Terma dan Syarat ini.
Luput Mata
- Mata yang luput selepas tempahan dibuat tetapi sebelum proses pembatalan selesai akan dianggap telah dilucutkan.
- Mata yang telah luput tidak akan dikembalikan, dipulihkan semula, dilanjutkan tempoh sahnya atau digantikan.
- Ahli dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput Mata sebelum membuat tempahan dan mempertimbangkan implikasi apabila memilih kadar yang tidak boleh dikembalikan.
7. Perolehan Mata
- Tempahan yang layak akan memperoleh Mata mengikut polisi Mata BonusLink Travel.
- Mata biasanya akan dikreditkan dalam tempoh 7 hari selepas penginapan hotel dan/atau penginapan selesai atau selepas daftar keluar yang berjaya dari hotel dan/atau penginapan berkenaan.
- Mata tidak akan dikreditkan bagi tempahan yang dibatalkan, dikembalikan bayaran atau melibatkan ketidakhadiran (no-show).
- Mata hanya layak diperoleh berdasarkan bahagian transaksi yang dibayar menggunakan wang tunai atau kaedah pembayaran lain yang bukan menggunakan Mata. Sebarang jumlah yang dibayar menggunakan Mata tidak akan diambil kira dalam pengiraan Mata yang diperoleh.
8. Pembatalan dan Pelarasan Semula Mata
- Pembatalan/bayaran balik yang diluluskan mungkin menyebabkan Mata dibalikkan, diselaraskan atau dilucutkan.
- Pelarasan semula Mata boleh dikenakan sepenuhnya bergantung kepada keadaan bayaran balik dan tempahan.
- BonusLink berhak untuk mengambil semula Mata dalam kes bayaran balik, pembatalan, caj balik (chargeback) atau pertikaian.
- Mata tidak akan diberikan bagi tempahan yang dibatalkan atau dikembalikan bayaran, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, sekiranya penginapan tersebut tidak diselesaikan. BonusLink berhak untuk membalikkan atau mengambil semula Mata dalam keadaan tersebut.
9. Pencegahan Penipuan & Penyalahgunaan
- BonusLink memantau tempahan bagi mengenal pasti penyalahgunaan yang disyaki, contohnya tempahan boleh dikembalikan berulang kali untuk tujuan memperoleh Mata.
- Tindakan sekiranya berlaku penipuan yang disyaki mungkin termasuk:
- Menggantung pengkreditan Mata;
- Membalikkan Mata yang telah diberikan;
- Membatalkan tempahan; dan
- Mengehadkan akses akaun.
- Tindakan boleh diambil tanpa notis terlebih dahulu.
- Kami berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan yang dibuat berdasarkan kesilapan harga yang jelas atau kesilapan sistem, walaupun selepas pengesahan tempahan anda.
10. Caj Balik & Pertikaian
- Ahli digalakkan untuk menghubungi sokongan BonusLink Travel sebelum memulakan sebarang caj balik atau pertikaian pembayaran. Kami komited untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan secara adil dan segera.
10.1 Proses Penyelesaian Pertikaian
- Hubungi pasukan sokongan kami dengan memberikan nombor rujukan tempahan dan butiran berkaitan pertikaian.
- Kami akan menyiasat dan memberikan maklum balas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Jika perkara tersebut masih belum diselesaikan, anda boleh membuat eskalasi melalui penyedia pembayaran anda.
10.2 Caj Balik Dibuat Tanpa Hubungan Terlebih Dahulu
- Sekiranya caj balik dimulakan tanpa menghubungi kami terlebih dahulu, kami berhak untuk:
- Membantah caj balik tersebut dengan menggunakan rekod tempahan, pengesahan pembayaran dan persetujuan terhadap Terma dan Syarat ini;
- Membalikkan mana-mana Mata yang diberikan bagi transaksi yang dipertikaikan; dan
- Menggantung perolehan Mata dalam akaun sementara menunggu penyelesaian.
10.3 Caj Balik Yang Bersifat Penipuan atau Penyalahgunaan
- Caj balik yang ditentukan sebagai bersifat penipuan atau penyalahgunaan (seperti membuat tuntutan tidak menerima perkhidmatan yang telah diberikan dengan sewajarnya) boleh mengakibatkan:
- Pembalikan kekal Mata yang berkaitan dengan transaksi tersebut;
- Sekatan atau penggantungan akses Akaun; dan
- Pembatalan tempahan aktif yang dibuat menggunakan Akaun tersebut.
10.4 Pertikaian Yang Sah
- Kami mengakui bahawa isu sebenar boleh berlaku. Pertikaian yang sah berkaitan perkhidmatan yang tidak diberikan, caj yang tidak tepat atau transaksi yang tidak dibenarkan akan dikendalikan secara adil dan tidak akan mengakibatkan penalti terhadap akaun sekiranya diselesaikan dengan niat baik.
10.5 Komitmen Kami
- BonusLink menyimpan rekod transaksi yang terperinci dan akan bekerjasama dengan Ahli serta penyedia pembayaran bagi menyelesaikan pertikaian dengan tepat dan telus.
11. Had Liabiliti
11.1 Tanggungjawab Pembekal
- Pembekal bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan hotel/penginapan yang dinyatakan dalam tempahan anda.
- Kami sama sekali tidak secara langsung atau tidak langsung mengendalikan, menguruskan atau mengawal perkhidmatan hotel dan/atau penginapan tersebut serta bukan merupakan pihak dalam kontrak antara anda dan Pembekal.
- Kami tidak mempunyai kawalan ke atas dan tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap sebarang pengaturan yang anda buat dengan Pembekal hasil daripada penggunaan BonusLink Travel.
- Sebarang isu berkaitan perkhidmatan hotel dan/atau penginapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kualiti, ketersediaan atau penyampaian perkhidmatan, adalah merupakan tanggungjawab Pembekal.
- Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara anda dan Pembekal, kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk terlibat.
- Kami menafikan semua liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang ditanggung oleh anda berkaitan dengan Pembekal atau perkhidmatan penginapan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan melaksanakan tempahan yang telah disahkan disebabkan oleh kebankrapan, ketidaksolvenan, pembubaran, penyusunan semula, penamatan operasi atau peristiwa seumpamanya yang menjejaskan Pembekal, dan satu-satunya tindakan tuntutan anda hendaklah dibuat terhadap Pembekal dan bukannya terhadap kami.
11.2 Perkara Yang Kami Tidak Bertanggungjawab
- Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, BonusLink dan syarikat gabungannya, pegawai, pengarah, pekerja dan ejen tidak akan bertanggungjawab terhadap:
- Isu berkaitan harta benda: Tempahan berlebihan (overbooking), kerja pengubahsuaian, pembinaan, kualiti perkhidmatan, kebersihan, batasan kemudahan, penutupan premis atau perubahan kepada kemudahan yang disediakan.
- Maklumat yang diberikan secara tidak tepat: Sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada butiran yang salah, tidak lengkap atau tidak tepat (termasuk nama, butiran pengenalan diri, kewarganegaraan, butiran hubungan atau butiran pembayaran) yang dikemukakan oleh anda semasa membuat tempahan, termasuk apabila ketidaktepatan tersebut menyebabkan kami tidak dapat menghubungi anda dengan maklumat penting berkaitan tempahan atau menyebabkan anda tidak dapat mendaftar masuk ke hotel atau penginapan berkenaan.
- Kesilapan tempahan: Sebarang tempahan, termasuk tempahan berganda, yang dibuat oleh anda secara tidak sengaja atau tersilap.
- Caj pembayaran dan mata wang:
Sebarang fi yang dikenakan oleh bank, pengeluar kad atau penyedia akaun lain anda bagi pembayaran antarabangsa atau rentas sempadan; sebarang kadar pertukaran alternatif yang digunakan oleh penyedia akaun anda apabila membuat pembayaran dalam mata wang yang berbeza; atau sebarang turun naik kadar pertukaran antara masa tempahan dibuat dan masa pembayaran dilakukan. - Kecederaan atau kemudaratan peribadi: Kecederaan diri, penyakit, kematian atau kerosakan harta benda yang berlaku di atau disebabkan oleh EasyGDS atau mana-mana Pembekal atau kakitangan mereka.
- Tindakan EasyGDS / Pembekal: Sebarang tindakan, kesilapan, peninggalan, representasi, jaminan, kecuaian, penipuan atau salah laku oleh EasyGDS atau mana-mana Pembekal atau kakitangan mereka.
- Ketepatan maklumat: Ketidaktepatan dalam penerangan, gambar, penilaian, kemudahan atau polisi yang disediakan oleh Pembekal dan dipaparkan di platform kami (melainkan ketidaktepatan tersebut berpunca secara langsung daripada tindakan kami sendiri).
- Ketersediaan perkhidmatan: Ketidaktersediaan premis, bilik atau perkhidmatan tertentu.
- Keadaan di luar kawalan munasabah (force majeure): Peristiwa di luar kawalan munasabah kami, termasuk bencana alam, pandemik, tindakan kerajaan, mogok, keganasan atau rusuhan awam.
- Pihak ketiga: Tindakan atau kegagalan penyedia pemprosesan pembayaran pihak ketiga, penyedia teknologi atau rakan kongsi perkhidmatan lain.
- Kerosakan tidak langsung: Sebarang kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau berbentuk hukuman, termasuk kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan atau kehilangan data.
11.3 Tanggungjawab Kami
- Kami bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelenggara platform tempahan BonusLink Travel dengan tahap penjagaan yang munasabah serta ketelitian profesional. Liabiliti kami adalah terhad kepada isu yang berpunca secara langsung daripada:
- Kegagalan kami untuk memproses tempahan yang telah dikemukakan dengan sewajarnya;
- Kesilapan teknikal pada platform kami yang berpunca secara langsung daripada kami dan gagal diperbetulkan selepas kami dimaklumkan; atau
- Pelanggaran kami terhadap Terma dan Syarat ini.
11.4 Had Liabiliti
- Sekiranya BonusLink didapati bertanggungjawab di bawah undang-undang yang terpakai, jumlah keseluruhan liabiliti kami hendaklah tidak melebihi nilai yang lebih rendah antara:
- Nilai Mata dan fi yang anda bayar bagi tempahan khusus yang berkenaan; atau
- RM400 (Ringgit Malaysia empat ratus sahaja).
11.5 Hak Pengguna Dilindungi
- Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini yang mengehadkan atau mengecualikan liabiliti kami bagi:
- Kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaian kami sendiri;
- Penipuan atau representasi palsu secara penipuan oleh BonusLink Travel;
- Kecuaian melampau atau salah laku disengajakan oleh BonusLink Travel; atau
- Sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang perlindungan pengguna Malaysia.
11.6 Penyelesaian Pertikaian dengan Pembekal
- Sebarang bayaran balik, pampasan, pemulihan perkhidmatan atau remedi berkaitan isu penginapan adalah:
- Tertakluk kepada terma, syarat dan polisi Pembekal;
- Dikawal selia oleh undang-undang perlindungan pengguna yang terpakai; dan
- Merupakan tanggungjawab Pembekal, walaupun kami akan membantu memudahkan komunikasi sekiranya munasabah.
11.7 Tanggungjawab Ahli
- Anda bertanggungjawab untuk:
- Menyemak terma dan syarat khusus Pembekal, penilaian, ulasan dan kemudahan yang disediakan sebelum membuat tempahan;
- Memastikan bahawa penginapan tersebut memenuhi keperluan khusus anda;
- Melaporkan sebarang isu kepada Pembekal melalui EasyGDS dan sokongan BonusLink Travel dengan segera; dan
- Mematuhi terma dan syarat khusus Pembekal serta undang-undang tempatan sepanjang tempoh penginapan anda.
12. Pindaan
- Kami berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagiannya dari semasa ke semasa.
- Pindaan tersebut akan berkuat kuasa serta-merta selepas notis mengenainya diberikan, yang boleh disampaikan melalui, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penerbitan di Platform, atau melalui mel elektronik atau mel konvensional, atau melalui apa-apa cara lain yang membolehkan anda menerima notis tersebut.
- Kami berhak pada bila-bila masa untuk mengubah atau menghentikan mana-mana aspek atau ciri BonusLink Travel.
- Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak Terma dan Syarat ini secara berkala. Penggunaan berterusan anda terhadap Platform selepas sebarang pindaan tersebut, sama ada anda telah menyemaknya atau tidak, akan dianggap sebagai persetujuan anda untuk terikat dengan pindaan tersebut.
- Setiap tempahan anda akan dikawal selia oleh Terma dan Syarat yang berkuat kuasa dan terpakai pada masa tempahan tersebut dibuat.
13. Penggantungan BonusLink Travel
- Kami berhak untuk menggantung, menarik balik atau mengehadkan ketersediaan keseluruhan atau mana-mana bahagian BonusLink Travel atas sebab perniagaan dan operasi.
- Kami akan berusaha untuk memberikan notis yang munasabah kepada anda mengenai sebarang penggantungan atau penarikan balik BonusLink Travel.
- Sekiranya BonusLink Travel ditamatkan, tempahan anda masih akan dihormati oleh Pembekal, tertakluk kepada terma dan syarat mereka, melainkan anda menerima notis yang menyatakan sebaliknya.
14. Persediaan Perjalanan
- Anda hendaklah memastikan bahawa anda memenuhi semua keperluan undang-undang yang terpakai apabila memasuki sesebuah negara / wilayah termasuk tetapi tidak terhad kepada pasport, kad pengenalan kebangsaan, visa dan keperluan kesihatan anda.
- Keperluan perjalanan mungkin berubah tanpa notis. Anda hendaklah menyemak nasihat perjalanan, sekatan dan mendapatkan rujukan daripada konsulat berkaitan sebelum membuat tempahan dan sekali lagi sebelum berlepas.
- Anda bertanggungjawab untuk menguruskan insurans perjalanan anda sendiri sebelum berlepas, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlindungan insurans.
15. Penarafan Bintang
- Sesetengah hotel atau penginapan di BonusLink Travel mungkin memaparkan penarafan bintang atau penarafan lain. Penarafan tersebut disediakan oleh Pembekal yang berkaitan untuk tujuan maklumat sahaja.
- Kami tidak mengesahkan penarafan tersebut dan tidak memberi sebarang jaminan bahawa penarafan tersebut sepadan dengan penarafan di laman web atau platform lain.
- Penarafan bintang adalah untuk rujukan sahaja dan tidak menjamin kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan, kualiti, keselesaan atau ciri-ciri lain bagi mana-mana hotel atau penginapan.
16. Pautan ke Laman Pihak Ketiga
- BonusLink Travel mungkin mengandungi pautan ke laman web atau sumber pihak ketiga, termasuk laman web milik Pembekal.
- Pautan tersebut disediakan untuk kemudahan dan maklumat anda sahaja. Kami tidak mengawal laman web tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya.
- Penggunaan mana-mana laman pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan tersebut.
17. Harta Intelek
- Setiap pihak (termasuk pembekal, kontraktor, rakan kongsi dan/atau pemberi lesen masing-masing (jika ada)) hendaklah memiliki dan mengekalkan semua hak, hak milik dan/atau kepentingan sedia ada masing-masing dalam, kepada dan/atau di bawah paten, reka bentuk berdaftar, reka bentuk, hak cipta, nama, tanda, nama dagangan, tanda dagangan, tanda perkhidmatan dan logo serta semua hak intelektual, perindustrian dan/atau proprietari lain (“Hak Harta Intelek”).
- Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini akan memindahkan atau menyerahkan mana-mana Hak Harta Intelek tersebut kepada pihak yang satu lagi.
- Antara BLSB dan anda, semua Hak Harta Intelek yang dibangunkan menurut Terma dan Syarat ini oleh BLSB (termasuk pembekal, kontraktor, rakan kongsi dan/atau pemberi lesen masing-masing (jika ada)) hendaklah menjadi hak milik BLSB sebaik sahaja ia dicipta.
- Anda tidak boleh menggunakan maklumat kami yang mengandungi mana-mana Hak Harta Intelek kami tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada kami, kecuali bagi tujuan, dan hanya setakat yang diperlukan untuk tujuan, melaksanakan obligasi anda di bawah Terma dan Syarat ini.
18. Ganti Rugi
- Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi kami, syarikat berkaitan kami, kontraktor, pengganti, penerima serah hak dan pihak ketiga kami, serta setiap pengarah, pegawai, pekerja dan ejen kami serta mereka masing-masing daripada dan terhadap semua kerugian, kerosakan, tuntutan, denda, penalti atau perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang timbul dalam apa jua cara daripada atau berkaitan dengan sebarang pelanggaran, keingkaran, peninggalan, salah nyata, kecuaian, salah laku, ketidakpatuhan dan/atau kegagalan melaksanakan Terma dan Syarat ini oleh anda atau di pihak anda, atau oleh mana-mana orang lain yang mana anda bertanggungjawab secara vikarius terhadap tindakan atau peninggalannya, sama ada dalam tort, kontrak atau sebaliknya.
19. Pelanggaran Terma dan Syarat Ini oleh Anda
- Sekiranya anda gagal mematuhi Terma dan Syarat ini atau mana-mana undang-undang yang terpakai, kami boleh mengambil mana-mana tindakan berikut pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu:
- Menolak atau membatalkan mana-mana tempahan yang berkaitan dengan nama, alamat e-mel atau Akaun anda bagi pihak Pembekal;
- Menggantung sementara atau secara kekal atau menarik balik hak anda untuk menggunakan BonusLink Travel;
- Mengeluarkan amaran kepada anda;
- Memulakan prosiding undang-undang untuk mendapatkan semula semua kos berdasarkan asas indemniti, termasuk kos pentadbiran dan guaman yang munasabah;
- Mengambil apa-apa tindakan undang-undang selanjutnya;
- Mendedahkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang apabila dianggap munasabah atau dikehendaki oleh undang-undang; dan
- Mengambil apa-apa langkah lain yang dianggap sesuai mengikut budi bicara mutlak kami.
- Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat pelanggaran Terma dan Syarat ini oleh anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerugian yang kami tanggung akibat penggunaan BonusLink Travel oleh anda yang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini.
- Sekiranya kami membatalkan tempahan anda, kami mungkin tidak memberikan sebab pembatalan tersebut sekiranya berbuat demikian akan melanggar undang-undang yang terpakai atau menjejaskan pengesanan atau pencegahan penipuan atau aktiviti tidak sah lain.
- Sekiranya kami membatalkan tempahan anda, anda mungkin tidak layak menerima bayaran balik sekiranya:
- Anda telah melanggar Terma dan Syarat ini atau mana-mana undang-undang yang terpakai;
- Terma dan syarat khusus Pembekal tidak membenarkan bayaran balik; atau
- Kami menentukan, atas budi bicara mutlak kami, bahawa anda tidak layak disebabkan oleh penipuan atau penyalahgunaan yang disyaki.
- Dalam keadaan tersebut, anda tidak boleh cuba mengakses BonusLink Travel menggunakan nama atau Akaun yang berbeza. Sekiranya anda percaya bahawa tempahan anda telah dibatalkan secara tersilap atau anda berhak menerima bayaran balik, sila hubungi pasukan sokongan kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kos yang ditanggung akibat perkara tersebut.
20. Undang-Undang Yang Mentadbir
Terma dan Syarat ini hendaklah ditadbir, ditafsirkan dan dikuatkuasakan menurut, serta tertakluk kepada, undang-undang Malaysia dan mahkamah Malaysia hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung dengannya.
21. Notis
- Melainkan jika dipersetujui atau diperuntukkan sebaliknya dalam Terma dan Syarat ini, semua notis dan komunikasi lain yang perlu diberikan kepada mana-mana pihak menurut Terma dan Syarat ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dianggap sah serta mencukupi sekiranya dihantar atau disampaikan melalui kaedah berikut:
-
Jika oleh BLSB kepada anda:
- secara serahan tangan, pos berdaftar, kurier atau perkhidmatan pos berdaftar lain ke alamat anda yang terdapat dalam rekod BLSB;
- melalui penerbitan, paparan atau penghantaran notifikasi di atau melalui Platform yang berkaitan (ke peti masuk anda atau secara umum di suapan berita/bahagian lain dalam Platform);
- melalui e-mel ke alamat e-mel yang diberikan oleh anda;
- melalui penerbitan dalam akhbar; atau
- melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan dengan BLSB.
-
Jika oleh anda kepada BLSB:
- secara serahan tangan, pos berdaftar, kurier atau perkhidmatan pos berdaftar lain kepada:
-
Jika oleh BLSB kepada anda:
Untuk Perhatian: Pusat Interaksi Ahli
Alamat Surat-Menyurat:
BonusKad Loyalty Sdn Bhd 199701022703 (438200-T)
Aras 7, Blok C, Menara Glomac, Kelana Business Centre
Jalan SS 7/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
- melalui e-mel ke memberservices@bonuslink.com.my
- Walau apa pun yang bertentangan dalam klausa ini, notifikasi melalui e-mel, notifikasi Platform dan SMS tidak akan terpakai atau sah berhubung dengan sebarang notis undang-undang, tuntutan, permintaan, saman, tindakan dan/atau prosiding.
- Notis hendaklah dianggap telah disampaikan: (a) jika diserahkan secara peribadi, pada hari bekerja berikutnya selepas ia diserahkan; (b) jika dihantar melalui perkhidmatan pos berdaftar atau kurier, tiga (3) hari bekerja selepas tarikh penghantaran; (c) jika dihantar melalui e-mel, apabila e-mel tersebut berjaya dihantar dan direkodkan sebagai e-mel yang telah dihantar; atau (d) jika dihantar melalui penerbitan, paparan atau penghantaran notifikasi di atau melalui Platform yang berkaitan atau melalui SMS, serta-merta selepas notifikasi tersebut berjaya diterbitkan, dipaparkan atau dihantar.
- Sekiranya masa penyampaian atau penerimaan yang dianggap berlaku bukan dalam waktu bekerja (iaitu antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, pada hari yang bukan cuti umum di tempat penerimaan), notis tersebut hendaklah dianggap telah disampaikan atau diterima apabila waktu bekerja berikutnya bermula di tempat penerimaan tersebut.
22. Tafsiran
- Dalam Terma dan Syarat ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang lain:
- perkataan yang menunjukkan bentuk tunggal hendaklah merangkumi bentuk jamak dan sebaliknya;
- perkataan yang merujuk kepada individu semula jadi hendaklah merangkumi badan korporat dan entiti yang tidak diperbadankan;
- rujukan kepada mana-mana perundangan, peruntukan statutori dan/atau undang-undang hendaklah merangkumi mana-mana perundangan subsidiari, garis panduan, keputusan dan/atau peraturan yang dibuat di bawah perundangan, peruntukan statutori dan/atau undang-undang tersebut serta sebarang pindaan, penggantian, penggubalan semula, pengubahsuaian dan/atau penggantian yang dibuat berkaitan dengannya dari semasa ke semasa (“Pengubahsuaian”) setakat mana Pengubahsuaian tersebut terpakai atau boleh terpakai;
- tajuk dalam Terma dan Syarat ini dimasukkan untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak akan menjejaskan pembinaan atau tafsiran Terma dan Syarat ini;
- rujukan kepada mana-mana pihak dalam Terma dan Syarat ini atau mana-mana perjanjian atau instrumen lain hendaklah merangkumi pengganti dan penerima serah hak yang dibenarkan bagi pihak tersebut;
- tiada kaedah pembinaan atau tafsiran boleh digunakan yang memihak kepada pihak yang mengawal atau bertanggungjawab menyediakan Terma dan Syarat ini sehingga memudaratkan atau merugikan pihak tersebut; dan
- mana-mana perkataan yang mengikuti istilah termasuk, merangkumi atau mana-mana frasa yang serupa hendaklah ditafsirkan sebagai contoh sahaja dan tidak akan mengehadkan keluasan maksud perkataan umum yang berkaitan.