Bagaimana jika saya menghadapi masalah dengan tempahan atau penginapan saya?

 

Kadangkala perkara tidak berjalan seperti yang dirancang — berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk membantu anda menangani situasi yang biasa berlaku:

1. Tarikh tidak tersedia (Blackout dates) atau tempoh perjalanan terhad

  • Sesetengah kadar harga atau promosi mungkin tidak tersedia pada tarikh tertentu, terutamanya semasa tempoh permintaan tinggi.
  • Tindakan: Sentiasa semak tarikh perjalanan anda sebelum membuat tempahan bagi mengelakkan sebarang masalah.

2. Tempahan berlebihan oleh hotel atau bilik tidak tersedia

  • Dalam keadaan yang jarang berlaku, hotel mungkin mengalami tempahan berlebihan atau tidak dapat menyediakan bilik untuk tempahan anda.
  • Tindakan:
    Minta pihak hotel menyediakan penginapan alternatif berdekatan terlebih dahulu. Kemudian, hubungi pasukan Interaksi Ahli BonusLink (BonusLink Member Interactions) untuk permohonan bayaran balik mengikut polisi hotel dan Terma & Syarat BonusLink Travel. Pasukan kami mungkin memerlukan masa 2–3 hari bekerja untuk membuat susulan selepas mendapatkan pengesahan daripada pihak hotel.

3. Isu semasa penginapan

  • Masalah mungkin melibatkan keadaan bilik, kemudahan, atau perkhidmatan hotel.
  • Tindakan:

a. Maklumkan kepada kakitangan hotel terlebih dahulu  mereka biasanya boleh membantu menyelesaikan isu dengan segera.

b. Jika diperlukan, hubungi pasukan Interaksi Ahli BonusLink (BonusLink Member Interactions) untuk bantuan lanjut.

💡 Tip: Simpan pengesahan tempahan dan maklumat hubungan hotel anda supaya sebarang isu dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Adakah ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Perlukan bantuan lanjut?

Sembang dengan ejen atau hantar e-mel kepada kami.