Bagaimanakah cara untuk memperoleh Mata BonusLink?
Tempahan yang layak akan memperoleh Mata BonusLink berdasarkan kadar bilik. Mata hanya akan diberikan bagi bahagian bayaran yang dibuat menggunakan wang tunai atau kaedah pembayaran lain yang tidak melibatkan penggunaan Mata.
Cukai, yuran perkhidmatan, dan caj tambahan lain tidak termasuk dalam pengiraan Mata.
Bilakah saya akan menerima Mata saya?
Setelah tempahan anda disahkan, anggaran Mata akan dipaparkan dalam sejarah Mata anda. Mata biasanya akan dikreditkan dalam tempoh 7 hari selepas daftar keluar (checkout), setelah penginapan anda berjaya diselesaikan.
Selain itu, Mata BonusLink tidak akan diberikan untuk tempahan yang dibatalkan, dikembalikan wangnya (refunded), atau tempahan tidak hadir (no-show). Mana-mana Mata yang telah diberikan akan ditarik balik mengikut Terma & Syarat yang berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat Travel kami.