Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( "Akta"), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, boleh digunakan untuk BonusKad Loyalty Sdn Bhd ( "BonusLink", "kami", "kita") dan Ahli Gabungannya. Untuk tujuan notis bertulis ini ("Notis Privasi"), istilah "data peribadi" dan "pemprosesan" hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta. Notis Privasi ini adalah untuk membantu anda memahami dengan lebih baik cara di mana data peribadi anda diuruskan dan memberi anda pilihan yang tersedia untuk anda mengakses atau mengehadkan penggunaan maklumat yang disediakan. “Ahli Gabungan” bermaksud, bagi mana-mana individu, mana-mana individu lain yang, secara langsung atau tidak langsung, mengawal, atau dikawal oleh, atau berada di bawah kawalan bersama, individu tersebut. Untuk tujuan ini, "kawalan" (termasuk, dengan makna korelatifnya, "dikawal oleh" dan "di bawah kawalan bersama") hendaklah bermaksud pemilikan, secara langsung atau tidak langsung, kuasa untuk mengarahkan atau menyebabkan arahan pengurusan atau dasar seseorang, sama ada melalui pemilikan sekuriti atau perkongsian atau kepentingan pemilikan lain, melalui kontrak atau sebaliknya.
Kategori data peribadi yang kami kumpul
Data peribadi yang kami kumpul dan proses mungkin termasuk:
- Nama, Nombor Kad Pengenalan dan tarikh lahir
- Butiran hubungan termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
- Pekerjaan dan status perkahwinan
- Nama Ibu
- Maklumat peranti (seperti model dan nombor siri, alamat IP), sistem pengendalian dan jenis pelayar komputer/ peranti mudah alih, lokasi GPS, nombor IMEI, Pengecam Peranti Unik (UDID) atau Pengecam Peralatan Mudah Alih (MEID) atau sebarang maklumat yang mungkin menunjukkan pengubahsuaian peranti); *Sila ambil perhatian bahawa maklumat ini dikumpul terutamanya untuk tujuan mencegah dan mengesan penipuan, aktiviti mencurigakan/melanggar undang-undang, pengabaian atau salah laku, dan tidak akan dikongsi untuk sebarang tujuan lain tanpa kebenaran anda.
- Sebarang data peribadi lain yang diperlukan bagi maksud yang dinyatakan di bawah
Tujuan mengumpul data anda
Data peribadi yang sebelum ini dikumpulkan daripada anda sedang, dan akan terus digunakan untuk tujuan termasuk tanpa had:
1. untuk memproses permohonan Keahlian anda
2. untuk memproses dan menghantar Kad BonusLink
3. untuk mengendalikan Akaun anda
4. untuk memudahkan mengakses dan menggunakan laman web dan perkhidmatan mudah alih yang berkaitan dengan Akaun
5. untuk membuat keputusan berhubung dengan Ahli, termasuk (tanpa had), menggantung peruntukan perkhidmatan atau menamatkan Keahlian
6. untuk pengesahan, mengemaskini, mengesahkan dan meningkatkan rekod anda
7. untuk memantau jumlah dan maklumat perbelanjaan
8. untuk melaksanakan penyelidikan pasaran dan / atau analisa statistik termasuk tanpa batasan tingkah laku pengguna
9. untuk mengenal pasti dan (jika boleh) mengelakkan penipuan
10. untuk tujuan pemasaran (tertakluk pada sebarang bantahan yang diterima dan/atau persetujuan yang diperoleh, yang mana terdapat di bawah)
11. untuk berkomunikasi melalui Penyata Ringkasan Mata Ganjaran, e-penyata, penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms), pemasaran atau penghantaran emel
12. untuk mengemaskini status anda sebagai Ahli
13. untuk mempromosikan tawaran ke atas produk dan perkhidmatan BonusLink dan Rakan Niaga kami
14. untuk menjawab pertanyaan yang dibuat melalui panggilan, emel, surat, faks, platform media sosial dan lain-lain cara komunikasi
15. untuk memenuhi permintaan anda termasuk permintaan penebusan hadiah
16. untuk mendtadbir pernyertaan anda di dalam peraduan
17. untuk memudahkan pemilihan pemenang dalam pertandingan
18. untuk mengesahkan identiti anda
19. untuk menghalang atau menyiasat sebarang pelanggaran sebenar atau yang disyaki terhadap mana-mana terma & syarat yang berkaitan, penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang, dan/atau salah laku, sama ada berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda atau apa-apa perkara lain yang timbul daripada hubungan anda dengan kami.
Sumber data peribadi anda
Data peribadi anda sedang atau yang akan dikumpulkan daripada anda, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, borang pendaftaran, borang penebusan, borang penilaian, kad perniagaan anda, platform media sosial dan lain-lain cara komunikasi seperti Facebook, Instagram dan lain-lain, acara, pameran bergerak, rakaman CCTV, e-mel , laman web / aplikasi mudah alih, apa-apa bentuk lain di mana kami mengumpul maklumat daripada para ahli, panggilan telefon.
Pendedahan data peribadi anda
Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan tetapi data peribadi sedemikian boleh diberikan kepada pihak-pihak berikut untuk maksud yang dinyatakan di atas:
1. untuk Ahli Gabungan, Rakan Niaga kami (termasuk promosi atau Rakan niaga jangka pendek) dan/atau mana-mana syarikat lain yang dibenarkan untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada Ahli;
2. mana-mana ejen, pembekal perkhidmatan dan/atau subkontraktor daripada BonusLink dan Ahli Gabungannya;
3. mana-mana individu yang dicadangkan oleh BonusLink untuk memindahkan sebarang hak dan/atau tugasan yang berkaitan dengan program;
4. mana-mana individu yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa; dan/atau
5. kepada mana-mana agensi pencegahan / pengesanan penipuan yang dilantik oleh kami;
6. Semua pihak yang disebut di atas adalah dikehendaki melindungi data peribadi sulit yang mereka terima.
Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.
Tiada peruntukan Data Peribadi
Ia adalah wajib bahawa anda membekalkan kami butiran yang bertanda asterisk (*) dalam borang kami. Kegagalan untuk mendedahkan data peribadi yang mencukupi mungkin mengakibatkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan pelbagai perkhidmatan di bawah program ini.
Akses dan Pembetulan Data Peribadi
Akta memberikan anda hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi yang telah anda berikan. Anda boleh pada bila-bila masa mengemaskini atau meminda maklumat yang telah diberikan kepada kami dengan mengakses 'Update Profile' di laman web kami, atau menghubungi Pusat Perunding Perkhidmatan Ahli kami. Tertakluk kepada peruntukan Akta, anda boleh, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, membuat permintaan akses data secara bertulis kepada kami; dan kami boleh menolak untuk mematuhi permintaan akses data atau permintaan pembetulan data dan boleh, melalui notis secara bertulis, memberitahu anda tentang keengganan kami dan sebab-sebab penolakan kami.
Penarikan Balik Persetujuan
Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagiannya) tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontraktual dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik persetujuan tersebut dilaksanakan dengan memberikan kami suatu notis bertulis. Jika anda menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak boleh terus mentadbir sebarang hubungan kontraktual, yang mungkin mengakibatkan penamatan mana-mana perjanjian dengan kami.
Hubungi kami dan nyatakan pilihan anda
Anda boleh pada bila-bila masa menggunakan hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda, menarik balik persetujuan yang diberikan oleh anda sebelum ini, membuat permintaan secara bertulis untuk menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda, termasuk untuk mengelakkan penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
Sila e-mel permintaan anda kepada Pusat Interaksi Ahli kami di MemberServices@bonuslink.com.my atau berbual dengan kami melalui WhatsApp di 03-7626 1000.
Tetapan Kukis
Kukis digunakan oleh kami untuk meningkatkan pengalaman navigasi anda apabila anda melayari laman web BonusLink. Kukis ialah cebisan maklumat kecil yang disimpan oleh pelayar web pada komputer anda apabila anda melawat laman web. Kukis kami membolehkan kami menyimpan lawatan anda ke laman web BonusLink dan mengenali anda apabila anda kembali. Maklumat yang dikumpul daripada kukis ini boleh digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di atas dalam Notis Privasi ini.
Anda boleh mengurus kukis anda (termasuk mengaktif atau menyahaktif kukis) melalui tetapan pelayar anda. Jika anda memilih untuk menggunakan laman web tanpa menyekat atau menyahaktifkan kukis atau memilih teknologi lain untuk mengelakkan kukis anda bersetuju dengan penggunaannya dan pengumpulan data peribadi mengikut dasar kukis ini dan dasar privasi kami. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua kukis (termasuk kukis yang sangat diperlukan) anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami. Sila ambil perhatian juga bahawa pemadaman kukis pelayar boleh mengalih keluar pilihan keutamaan anda, jadi anda mungkin perlu menetapkan pilihan keutamaan anda semula.
Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga (termasuk, sebagai contoh, rangkaian pengiklanan dan penyedia perkhidmatan luaran seperti perkhidmatan analisis trafik web) juga boleh menggunakan kuki, yang kami mungkin tidak mempunyai sebarang kawalan. Rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggunakan teknologi seperti kuki untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti anda di laman web ini dan laman web lain untuk memberikan anda pengiklanan berdasarkan aktiviti dan minat melaui pelayar anda.
Data Peribadi Pihak Ketiga
Sekiranya data peribadi mana-mana pihak ketiga yang dibekalkan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis Privasi ini dan bersetuju dengan kami mengumpul data peribadi beliau untuk sebarang tujuan sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
Selagi anda kekal sebagai Ahli dalam program ini maklumat anda akan kekal bersama BonusLink dan kami akan mengambil langkah-langkah praktikal bagi memastikan keselamatan data daripada akses yang tidak sah pada setiap masa. BonusLink akan berusaha untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana organisasi kecuali jika perlu untuk mengendalikan program dan / atau seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.
Pemadaman Akaun Aplikasi BLINK
Sila ambil perhatian bahawa pemadaman Akaun BLINK anda akan menutup Akaun Aplikasi BLINK anda secara kekal dan menyahpaut nombor telefon mudah alih anda dalam rekod kami.
Setelah Akaun BLINK anda dipadamkan, anda tidak akan dapat mendapatkan dan/atau mengaksesnya dan anda akan dikehendaki membuat Akaun BLINK baharu jika anda berhasrat untuk menggunakan BLINK. Untuk mengelakkan keraguan, pemadaman Akaun Aplikasi BLINK anda atau nyahpaut Aplikasi BLINK tidak memadamkan keahlian BonusLink anda. Oleh itu, semua data anda termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi, data yang berkaitan dengan transaksi dan profil akan disimpan dan diproses oleh kami sewajarnya dan disimpan oleh kami mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
BonusLink berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari masa ke semasa. Sebarang perubahan ke atas Notis Privasi yang dikemaskini akan dipaparkan di laman web kami.
Terima Kasih.
BonusKad Loyalty Sdn Bhd.